Satu struktur pelik yang kelihatannya berbentuk ‘jaringan jalan’ ditemui di kawasan gurun yang terletak di Dunhuang, Jiuquan, Gansu iaitu kawasan di utara Sungai Shule di Negara China.
Gurun yang dimaksudkan adalah Gurun Kumtag dan tidak dapat dipastikan apakah sebenarnya binaan tersebut. Satu lagi kemusykilan adalah samada ianya dibina pada zaman moden ataupun telah wujud sejak sekian lama.
Mari kita lihat bagaimanakah rupabentuk jaringan berkenaan…
Apa benda ni agaknya? Kelihatan ianya seperti dalam bentuk empat segi dengan panjang lebih kurang 1 batu panjang (1.6 km) dan 3,000 kaki lebar (914 meter).
Masih belum diketahui apakah kegunaan jaringan jalan (kemungkinan) yang pelik ini..mana tak peliknya kalau tak nampak satu batang pun jalan raya utama yang bersambung dengan jaringan tu.
Mungkin anda nak tengok sendiri di Google Maps tempat yang dimaksudkan..berikut adalah pautan ke peta tersebut.
Filed under Luar Negara by on Apr 17th, 2012. Comment.
Para pengguna jalan raya terutamanya para pemandu kereta di bandar-bandar besar pastinya tidak dapat lari daripada kesesakan lalulintas atau ‘traffic jam’.
Dan terperangkap dalam ‘traffic jam’ tentunya membuatkan kita menarik muka masam apatah lagi jika 2 atau 3 jam terbuang begitu sahaja.
Kan best kalau dapat guna kereta yang boleh terbang. Di Malaysia perkara begini masih dianggap idea mengarut..maklumlah sejarah projek kereta terbang dunia menunjukkan ia akhirnya gagal kerana kurangnya sambutan disamping isu-isu keselamatan berkenaan kereta terbang yang pernah dicipta.
Walaupun begitu, di Massachusets, Amerika Syarikat..sebuah syarikat yang bernama Terrafugia telah memberanikan diri menyiapkan sebuah prototaip kereta terbang yang diberi nama The Transition..(bermaksudPeralihan).
Nak tengok rupa kereta terbang Transition ni? Ni dia…siap boleh lipat kepak dia..
Tu dia rupa kereta terbang ni di jalan raya…kenderaan ini dicipta agar mematuhi piawaian dan spesifikasi kenderaan yang sesuai untuk digunakan di jalan raya. Sape-sape yang rasa nak beli kereta ni untuk digunakan di Malaysia mungkin perlu berfikir 10 kali ataupun melupakan hasrat tersebut.
Read more on Kereta Terbang Yang Bernama “The Transition”…
Filed under Teknologi by on Apr 5th, 2012. Comment.

